Tiga projek utama HPP perkukuh sektor kesihatan awam

Admin
img 0685

GEORGE TOWN – Pelaksanaan tiga projek utama di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang sedang berjalanmembabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM758 jutamampu memperkukuh sistem kesihatan awam di negeri ini.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkatabahawa projek berkenaan merangkumi pembinaan blokwanita dan kanak-kanak, blok baharu pusat perkhidmatanstem sel serta blok klinik pakar dan wad.

Projek-projek ini menjadi mercu tanda penting bagi jaringanperkhidmatan kesihatan untuk rakyat Pulau Pinang, dan kitaamat menghargai kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 Rolling Plan Pertama (RMKe-11, RP1),” katanya dalam sidang media di tapak projek pembinaan blok wanita dan kanak-kanak di sini 30 Mei lalu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Dr. R. Premalosini; Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dr. Goh Hin Kwang dan wakil-wakil JabatanKerja Raya (JKR) Negeri serta kontraktor.

Tambah Zi Sen, blok wanita dan kanak-kanak bernilai RM307 juta dijangka siap pada Januari 2026 dengan kemajuan kerjasebanyak 34.35 peratus setakat ini.

Projek ini dilaksanakan secara reka serta bina melalui proses tender terbuka, dan bakal merangkumi pembinaan blokhospital lapan tingkat berkapasiti 329 katil serta kemudahanseperti tempat letak kereta 12 tingkat, kafeteria, tamanpermainan dan surau.

Bagi projek blok baharu pusat perkhidmatan stem sel yang bernilai RM23 juta, ia dijangka siap pada Mac 2027, dan kinitelah capai 10.19 peratus siap.

Pelaksanaan secara konvensional dengan tender terbuka iniakan menaik taraf perkhidmatan pemindahan sum-sum tulangtermasuk Unit Apheresis dan Makmal Stem Sel,” jelasnyayang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang.

Mengulas lanjut, Zi Sen menyatakan bahawa projek blokklinik pakar dan wad pula, ia melibatkan kos RM428 juta dan dijangka siap pada Mei 2029.

Projek ini merangkumi pembinaan blok 14 tingkat dengan216 katil, tempat letak kereta bertingkat, ruang klinik pakarserta wad pesakit,” ulasnya.

Zi Sen dalam pada itu memaklumkan bahawa semua projekberkenaan dilaksanakan dengan pengawasan oleh pihak JKR secara telus dan profesional.

“Seiring dengan pembangunan fasiliti secara holistik sertainisiatif berterusan daripada Kerajaan Negeri, mutuperkhidmatan kesihatan akan terus dipertingkat dan memberikan manfaat secara menyeluruh kepada rakyat negeri ini,” katanya.